Saturday, April 16, 2011

myMetro | Kereta wanita hamil dipancit

when we used to take of this assignment, never before this kinda crappy things had ever occured....and even when the HKL mgmt requested us to enforce clamping and towing we always insisted on the technicalities and bylaws of the local council...i guess when little napoleons rules, matters like this become unavoidable...an article from harian metro on friday 15 April 2011.......

Kereta wanita hamil dipancit

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Mohd Haiqal Bokhari

am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Sudahlah saya mengandung tujuh bulan dan sakit, mereka langsung tidak berhati perut,” itu luahan Noraishah Rejab, 35, apabila tayar keretanya sengaja dipancitkan sekumpulan penjaga tempat letak kereta di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebelum ditunda ke kawasan khas, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Noraishah yang ditemani suaminya ke HKL untuk membuat pemeriksaan dan gagal mencari tempat letak kereta.


“Saya yang tidak mampu menahan kesakitan meminta suami menghantar di hadapan pintu utama wad bersalin sebelum dia mencari tempat meletakkan kenderaan.

“Selepas berjumpa doktor, saya diarahkan memanggil suami dan akibat terdesak, suami meletakkan kenderaan secara bertindih di belakang kenderaan lain,” katanya ketika ditemui, semalam.


Bagaimanapun, suaminya tidak menarik brek tangan bagi memudahkan kenderaan yang dihalang itu keluar.


Katanya, sebaik tiba di tempat letak kereta dua jam kemudian, mereka terkejut selepas mendapati kenderaan hilang dan pengawal keselamatan memaklumkan kenderaan mereka ditunda sekumpulan lelaki yang diberi kontrak mengawasi kawasan letak kenderaan itu.


Noraishah yang mengandung anak keempat mendakwa terpaksa menahan kesakitan berjalan bersama suami lebih tiga kilometer untuk mengambil Naza Citra itu.


Menurutnya, ketika berunding dengan kumpulan lelaki terbabit, mereka dimaki-hamun sebelum dipaksa membayar RM250.

“Saya merayu mereka mengurangkan bayaran itu selepas memberi penjelasan, namun mereka menengking, malah cuba menumbuk suami saya.


“Saya dan suami pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan. Berikutan itu, lelaki terbabit ‘melepaskan’ kereta saya, malangnya satu daripada tayar kereta saya kempis dipercayai sengaja dipancitkan akibat tidak berpuas hati,” katanya.


Sementara itu, pihak syarikat yang menguruskan tempat letak kereta di HKL iaitu Syarikat Bismark menafikan pihaknya bertindak kasar terhadap pasangan terbabit.

No comments: